Pelancaran KIOSK PALESTIN

Wednesday, February 23, 2011

Pada 23 Januari 2011, Ahad, telah berlangsung Majlis Pelancaran KIOSK PALESTIN bertempat di Bangunan SP Plaza, Sungai Petani, Kedah. Majlis yang bermula pada jam 4.00 petang itu di isi dengan tazkirah ringkas dan bacaan yassin berjamaah oleh para hadirin.

KIOSK PALESTIN merupakan sebuah projek kedai yang di lancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Ikatan Persaudaraan Muslimah TERAS (SALIMAH) bertujuan sebagai pusat aktiviti TERAS dan SALIMAH dalam menjalankan program-program dakwah, kebajikan, kemasyarakatan dan kepenggunaan.

Selain itu, KIOSK PALESTIN ini juga dimanfaatkan dengan aktiviti pembelajaran seperti kelas pengajian Bahasa Arab dan pendidikan kepenggunaan. Malah, ia turut d manfaatkan sebagai bilik sidang media (press comference), bilik mesyuarat dan pameran isu-isu domestik dan antarabangsa.

Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dengan pelancaran itu, beberapa program telah dirancang dan akan dilaksanakan antaranya:

1) Siri Pelancaran Buku, Bedah Buku melalui Islamic Book Fair
2) Kempen dan Ceramah berkala Isu Perjuangan Palestin
3) Program Pendidikan Kanak-kanak
4) Usrah Remaja Bandar
5) Halaqah Pengajian dan Penghayatan Islam (HATI) - SALIMAH
6) Tayangan Amal
7) Sesi Kaunseling Remaja
8) Program Generasi Kreatif dan Inovatif
9) Kempen Penghayatan Islam Secara Kaffah
10) Pameran Pengguna dan Kesihatan
11) Kelab Khalifah Muda
12) Kempen Masyarakat Tanpa Rokok
13) Kempen Tolak Judi dan Arak
14) Usrah Kelab GADIS-SALIMAH
15)

Palestin: Antara Realti Dan Tindakan Kita Bersama

Thursday, June 17, 2010

June 16, 2010


Pembunuhan, rampasan, dan penculikan penumpang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia, menjadi satu peringatan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Israel melakukannya dengan bebas daripada hukuman, mengingkari undang-undang antarabangsa dan menghina pendapat awam dunia.

Kapal-kapal itu cuba untuk menghantar bantuan ke Gaza yang kini terkepung oleh Israel sejak 2006. Kepungan yang bertentangan dengan undang-undang ini telah menafikan penduduk Palestin kemudahan asas bagi keperluan harian mereka yang secara tidak langsung menjadikan mereka hidup dalam kebuluran.

Makanan, ubatan, air, simen, malah pensil dan sabun tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh pihak berkuasa Israel. Pada hakikatnya Israel telah berjaya dalam memusnahkan ekonomi Palestin; menjadikan 80% daripada penduduknya bergantung kepada bantuan makanan dan 90% hidup dalam kemiskinan; lebih separuh daripada isirumah makan hanya sekali sehari; lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan; meracuni tanah dan airnya dan menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal sejak serangan tentera pada 2008-2009. Penduduk Palestin terperangkap di Gaza dan beratus orang lagi mati kerana mereka tidak dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang dapat menyelamatkan nyawa.

Kita jangan lupa peranan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) dalam tragedi ini apabila mereka mengenakan sekatan ekonomi yang menyokong kepungan Israel untuk menghukum penduduk Gaza kerana memilih Hamas pada Januari 2006 dalam pilihan raya yang bebas dan adil.

Kepungan yang tidak berperikemanusiaan ini diperkukuhkan lagi apabila AS mendalangi rampasan kuasa yang gagal terhadap kerajaan yang diketuai Hamas di Gaza pada 2007. Dengan kerjasama rapat dari Mesir, Israel berjaya menukarkan Gaza kepada penjara terbuka untuk 1.5 juta penghuninya. Mesir kini menguatkan lagi penjara itu dengan menutup terowong bawah tanah yang digunakan untuk membawa makanan dan kemudahan lain ke Gaza.

Kita perlu jelas bahawa masalah Palestin bukanlah hanya krisis kemanusiaan. Isu utama ialah pendudukan tentera Israel secara haram dan perampasan ke atas penduduk Palestin. Kini hampir empat juta rakyat Palestin hidup di bawah pendudukan yang paling kejam dan lama dalam sejarah moden.

Di bawah pendudukan ini rakyat Palestin mengalami keganasan, pembunuhan, dan kekejaman di tangan tentera Israel pada setiap hari. Lebih 40 tahun Israel mengepung seluruh penduduk di sebalik halangan dan pusat pemeriksaan; merampas tanah dan air mereka; memusnahkan rumah, perniagaan dan tanaman mereka; memindahkan penduduk; membunuh orang awam dengan sewenang-wenangnya melalui serangan bersenjata untuk membunuh mereka yang disyaki militan; menjalankan penculikan, membunuh, menyiksa dan menghukum secara kolektif.

Pembunuhan dan jenazah golongan muda dan bayi yang terbunuh oleh serangan bom dan peluru senjata Israel menjadi satu pemandangan biasa pada setiap hari. Kanak-kanak dibunuh di pusat pemeriksaan, di jalan raya, dalam perjalanan ke sekolah dan di rumah mereka. Perangkaan ini kurang menarik berbanding pengeboman bunuh diri. Itulah ketidakadilan, penghinaan, penderitaan, dan keganasan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Palestin di tangan tentera Israel.

Malangnya kita tidak dapat membaca kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia ini di dalam media korporat Barat kerana laporan mereka yang berat sebelah.

Israel terus mengembangkan penempatan haram di wilayah yang diduduki yang melanggar undang-undang antarabangsa. Ia telah membina tembok pemisah di dalam tanah Palestin yang jelas melanggar undang-undang dan sesuatu yang tidak bermoral menurut Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Keganasan sistematik terhadap penduduk dan tanah mereka jelas merupakan strategi untuk menafikan rakyat Palestin terhadap tanah mereka dan menghapuskan budaya, geografi, identiti, masyarakat dan sejarah kewujudan mereka.

Pencerobohan Israel selama tiga minggu ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 – 20 Januari 2009 membunuh lebih 1,400 penduduk Palestin, di mana lebih 80% daripadanya merupakan orang awam. Enam ribu empat ratus buah rumah musnah dan kira-kira 75% bangunan musnah sehingga hari ini akibat kepungan yang berterusan.

Sepanjang pembunuhan ini tiada satu pun kuasa Barat yang mengutuk kekejaman itu. Presiden AS Barack Obama yang baru dilantik tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia adalah rencana bekas Presiden Bush.

Kemusnahan ke atas Gaza dicapai dengan penggunaan teknologi ketenteraan AS: F-16, helikopter Apache, fosforus putih, depleted uranium, bom kluster, dan senjata baru seperti dense inert material explosives (DIME) yang menyebabkan kecederaan yang tidak pernah dirawat oleh doktor sebelum ini. Senjata ini disediakan oleh AS yang kebanyakannya sebagai geran ketenteraan. Pada hakikatnya Gaza digunakan sebagai makmal untuk menguji keberkesanan pembunuhan dengan senjata baru ini.

Pada September 2009, Misi Mencari Fakta diketuai oleh Hakim Richard Goldstone mendapati terdapat beberapa bukti menunjukkan pencabulan serius oleh Israel terhadap hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan di Gaza dan Israel telah melakukan satu jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan.

AS mengutuk Laporan Goldstone dan menganggapnya ‘cacat’ dan ‘tidak seimbang’. Sekutu Eropah juga gagal untuk mengesahkannya. Pentadbiran Obama juga telah menyekat sebarang pertimbangan Majlis Keselamatan berhubung laporan itu bagi memastikan Israel dilindungi daripada siasatan terhadap jenayah perang.

Dalam episod terbaru, di mana Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang awam, sokongan AS yang berterusan kepada Israel yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa sekali lagi dapat dilihat. Majlis Keselamatan PBB gagal untuk mengemukakan resolusi terhadap Israel malah AS hanya mengeluarkan ‘kenyataan presiden’ yang mengkritik dengan lemah sepertimana yang dianggap oleh Menteri Luar Turki sebagai ‘perompak dan lanun’ dan ‘pembunuhan yang dilakukan oleh sebuah negara’.

Amat jelas sekali sikap dwistandard yang diamalkan oleh kuasa Barat menunjukkan kepada kita bahawa undang-undang antarabangsa tidak tertakluk kepada mereka dan rakan-rakan. Oleh sebab itu, Israel terus menikmati perlindungan AS dan sekutu Eropah dan tidak tertakluk kepada sekatan atau resolusi Majlis Keselamatan.

Tetapi terdapat berita baik untuk kita semua. Warga dunia kini dapat melihat dasar hipokrit dan pengecut kerajaan mereka terhadap Palestin dan kegagalan PBB dalam mendukung undang-undang antarabangsa berhubung Israel.

Tidak lagi sekadar sokongan kemanusiaan, kini pergerakan perpaduan global semakin berkembang untuk memulakan kempen boikot terhadap Israel. Rakyat biasa dan pengguna menggesa supaya tindakan diambil terhadap Israel sepertimana yang dilakukan terhadap rejim apartheid Afrika Selatan dengan ‘boikot, menarik pelaburan dan sekatan’ (BDS).

BDS yang dimulakan oleh pertubuhan awam Palestin pada 2005 untuk mengakhiri sikap Israel yang bebas daripada hukuman dan mendukung hak asasi manusia sejagat kini mendapat sokongan komuniti dunia melibatkan kesatuan sekerja, ahli akademik, pihak gereja, individu dan NGO.

Sudah pun terdapat banyak kejayaan terhadap boikot pengguna seperti penolakan produk makanan di Eropah: Di Britain pihak Sainsbury dan Tesco menerima tekanan untuk mengenal pasti produk ‘petempatan’ yang mana penjualannya melanggar klausa hak asasi manusia dalam perjanjian perdagangan EU dengan Israel.

Kempen terhadap produk kecantikan Ahava buatan petempatan haram Tebing Barat memaksa syarikat itu menggugurkan duta selebriti Kristin Davis bintang dalam Sex in the City. Produk Ahava kini sedang diboikot di Eropah.

Kempen BDS lain ialah mensasarkan Caterpillar yang mana jentera beratnya digunakan oleh tentera Israel untuk memusnahkan rumah rakyat Palestin.

Di Ireland, bantahan terhadap Veolia (dikenali di UK kerana menjalankan kereta api Connex dan kontrak sanitasi) kepada Dewan Bandar Raya Dublin meminta supaya majlis bandar raya itu tidak memperbaharui atau menandatangani sebarang kontrak dengan syarikat itu. Di Australia, Veolia kehilangan bidaannya untuk loji penyahmasinan bernilai berbilion dolar. Kontrak Veolia untuk mengendalikan sistem metro di Stockholm juga tidak diperbaharui. Veolia adalah syarikat Perancis yang merancang untuk membina sistem keretapi di Baitulmuqadis dan membina secara haram kawasan pembuangan sampah Tovlan di Tebing Barat.

Menarik pelaburan daripada syarikat yang melakukan perniagaan di Israel dan syarikat Israel sudah pun berlaku. Gereja Presbyterian AS mengundi untuk ‘proses memilih menarik balik pelaburan dalam perbadanan multinasional yang menjalankan perniagaan dengan Israel’. Pelajar Berkeley, Universiti California meluluskan usul dalam senat universiti menggesa ditarik pelaburan daripada syarikat yang membekalkan Israel dengan bahan yang digunakan oleh tenteranya.

Norway mengeluarkan syarikat Elbit Systems Ltd., Israel yang membina tembok pemisah di wilayah yang diduduki daripada portfolio dana pencen global negara itu. Elbit Systems membina sistem elektronik bagi pengawasan, perisikan dan komunikasi. Gereja England juga telah memutuskan untuk menarik pelaburan £2.2 juta daripada Caterpillar.

Kempen BDS telah memberikan momentum sejak 22 hari Israel melakukan pembunuhan di Gaza.

Seminggu selepas pembunuhan Israel di Gaza, South African Transport dan Allied Workers Union enggan untuk memunggah muatan daripada kapal Israel di Durban.

The Scottish Trade Union Congress turut mengikut langkah South African Trade Union Federation COSATU dan Irish Congress of Trade Union untuk melaksanakan BDS terhadap Israel. The British Trade Union Congress mewakili lebih 6.5 juta pekerja juga turut melakukan boikot.

Pergerakan BDS turut menggesa artis di mana sahaja tidak ke Israel. Santana telah membatalkan jelajahnya dan U2 juga turut memutuskan untuk ke sana. Kumpulan rock AS Pixies turut membatalkan konsert di Tel Aviv minggu ini akibat desakan daripada hasil kempen di dalam Israel.

Jenayah perang Israel yang didedahkan di Gaza bermakna pemimpin politik dan tentera Israel kini terpaksa memeriksa dengan peguam dan ejen pelancongan mereka sebelum membuat perjalanan ke negara yang mempunyai undang-undang universal jurisdiction. Pada Disember 2009, majistret London mengeluarkan waran tangkap terhadap Tzipi Livni, bekas Menteri Luar Israel kerana jenayah perang di Gaza. Pada September, ‘imuniti diplomatik’ telah menyelamatkan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel ketika pencerobohan Gaza daripada ditahan oleh Scotland Yard.

Kempen terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah perang di Gaza untuk dibawa ke muka pengadilan merupakan bahagian penting daripada kempen keadilan untuk Palestin.

Kini Malaysia telah menyaksikan dan mengalami sendiri keganasan Israel, apa yang diperlukan ialah menguatkan perpaduan kita dengan rakyat Palestin dan menyokong kempen BDS. Dengan turut menyertai penentangan tanpa keganasan global, kita turut menyuarakan kekejaman kuasa Barat dalam dasar penghapusan etnik Israel di Palestin. BDS hanya satu-satunya harapan untuk memaksa Israel mengakhiri pendudukan mereka.

Sehubungan itu, kami menggesa Menteri Pengangkutan mempertimbangkan dengan serius dasarnya memandangkan terdapat pendedahan yang menyatakan pelabuhan Malaysia turut memberikan perkhidmatan kepada kapal-kapal Israel. Dasar kerajaan Malaysia dan sokongan kepada Palestin mestilah padu dan boleh dipercayai.

SM Mohamed Idris,
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

HAMAS seru Eropah anggap Zionis pengganas.

Tuesday, February 23, 2010

Selasa, 23/02/2010 – HAMAS menyeru negara Kesatuan Eropah agar meletakkan rejim Zionis dalam senarai negara pengganas tersusun, kerana ia mengancam keamanan dunia. Ia juga turut memberikan amaran terhadap sikap tidak peduli dan tidak mengambil berat terhadap pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh seorang pimpinan HAMAS.

Pada hari Isnin (22/2), HAMAS dalam kenyataannya mengalu-alukan resolusi yang dikeluarkan oleh para menteri luar negara Kesatuan Eropah yang mengutuk penggunaan paspot negara mereka dalam pembunuhan tersebut. HAMAS menganggap itu adalah tindakan yang betul terhadap kekejaman Zionis, namun ia menyeru agar pendirian dan langkah yang lebih adil diambil bagi meletakkan negara Zionis sebagai sebuah negara penjenayah yang mesti dibicarakan di hadapan mahkamah-mahkamah antarabangsa.

Kenyataan itu juga menyeru semua pertubuhan masyarakat madani dan pertubuhan hak asasi manusia serta pertubuhan-pertubuhan undang-undang antarabangsa agar menghadapkan regim Zionis dan pimpinannya dari sudut undang-undang ke mahkamah dan dihukum sebagai penjenayah perang dan pengganas.

Sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
Penterjemah : Muhajir

Lagi info terkini Palestin : www.palestinkini.info

Yang Pergi, Bersemadi.. Yang Hidup Teruskan Perjuangan..

Sunday, February 14, 2010

Al-Fatihah.... buat bonda tersayang.. yg telah kembali ke rahmatullah... pada 18 Januari 2010, Isnin, jam 4.40 petang. Semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang2 beriman & tergolong di kalangan orang2 yang mendapat syurga Allah SWT... Amin...

Terima kasih kpd semua yg telah menghadiri hari kematian ibu saya, memberi bantuan sama ada dlm bentuk wang ringgit, bacaan Al-Quran, nasihat, kata-kata semangat & dorongan seterusnya turut bersama dlm majlis bacaan yassin & tahlil arwah yang telah dibuat. Jazakumullah khairan kathira... Semoga Allah memberkati kita semua.

Berikut merupakan beberapa foto yang dapat dirakamkan pada hari b'sejarah tersebut. Klik.....

Pandangan Islam Tentang Hari Kekasih (Valentine Day)

Cinta yang selayaknya umat manusia serahkan adalah kepada Sang Pencipta manusia (Allah), kerana cintakan Allah adalah kekal abadi. Cinta manusia atau sesama makhluk akan kecewa pada suatu hari nanti.

Sesiapa yang mencintai Allah tidak akan rugi dan tidak akan kecewa kerana manusia itu akan rasa kelazatan imannya di dunia dan di akhirat sepertimana yang berlaku kepada ahli sufi (hidupnya untuk Allah di dunia dan di akhirat).

Malang bagi sesiapa yang cintakan manusia lebih dari mencintai Allah akan kecewa dan akan mengundang malapetaka kepadanya seperti berlaku penceraian antara suami dan isteri, berlaku pergaduhan, orang yang dicintai meninggal, orang yang dicintai mempunyai kekasih lain dan sebagainya. Ingatlah cinta yang selayaknya adalah Allah merupakan cinta yang pertama yang perlu diberikan oleh semua umat manusia.

Cinta yang kedua adalah cintakan Rasul, bagi sesiapa yang cintakan rasul akan memperolehi syafaat darinya di hari kemudian nanti, lambang orang yang mencintai rasul adalah seperti sentiasa berselawat kepadanya, maka Allah akan menambahkan pahalanya sebanyak 10 pahala bagi orang yang berselawat.

Cinta yang ketiga adalah kepada para alim ulama', kerana mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah dan menggadaikan jiwa, raga, penat lelah, harta dan sebagainya kerana untuk menyebarkan syiar Islam.

Cinta yang keempat ialah cintakan ibu bapa, kerana tanpa mereka kemanalah kita semua, mereka juga banyak berkorban untuk anak yang tercinta demi memastikan anak mereka memperolehi kejayaan di hari kelak nanti.

Cinta yang kelima adalah cintakan isteri dan anak-anak, kerana isteri atau suami dan anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghibur dan menceriakan suasana kehidupan seseorang.

Cinta yang telah disenaraikan di atas ini, adalah cinta yang selayaknya untuk diberikan, kerana ini semua merupakan tanggungjawab kita semua, jika ini dapat ditegakkan maka seseorang itu tidak akan terlari dari landasan yang dituntut dalam Islam.

Masalah pada masa sekarang ini, ialah ramai umat Islam yang menyambut kekasihnya dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam. Contohnya dapat dilihat pada tarikh 14 Febuari setiap tahun ramai umat Islam menyambut hari kekasih (Valentine Day).

Ramai ulama' Islam mengeluarkan fatwa mengenai sambutan hari kekasih ini seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa :

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.”

Kesimpulan dari fatwa Mufti Perak ini ialah, sesiapa yang menyambut hari kekasih ini adalah haram dan murtad kerana mereka mengikuti jejak langkah agama lain dalam menyambut upacara keagamaannya.

Nama sambutan hari kekasih ialah Valentine yang bersempena nama paderi yang dibunuh oleh pemerintah Rom ketika itu, kerana beliau mengahwinkan seorang tentera Rom. Sambutan hari kekasih ini juga disambut oleh penganut-penganut kristian dan ini adalah salah satu sambutan keagamaan mereka.

Haram kepada umat Islam menyambut hari kekasih ini dan sesiapa yang menyambutnya dikhuatiri murtad dari agama Islam.

Sebenarnya sambutan hari kekasih ini juga bercanggah dengan ajaran Islam, kerana Islam batasannya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai muda-mudi Islam yang ternanti-nanti untuk merayakan hari kekasih ini dengan berbagai perbuatan yang diharamkan oleh Islam.

Allah swt berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32).

Dari ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa Islam melarang umatnya menghampiri zina, kerana zina itu adalah haram dan merosakkan hati umat Islam. Kesan dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berlakunya kes-kes pembuangan anak, pengguguran, anak luar nikah makin bertambah dan sebagainya. Ini juga memalukan keluarga dan pasangan yang melakukan kerana perbuatan maksiat atau zina ini sangat di hina oleh masyarakat dan Islam.

Marilah kembali kepada cinta yang hakiki iaitu cinta ilahi, kerana cinta ilahi inilah sebenar-benar cinta, apabila seseorang itu mencintai Allah, maka ia akan memperolehi segala kenikmatan dunia dengan berkat cintanya kepada Allah.

Sambutlah kekasih kita dengan cara yang dikehendaki oleh Islam iaitu melalui saluran perkahwinan yang sah. Sambutlah ulang tahun perkahwinan dengan majlis yang diredhoi Allah, seperti mengadakan majlis doa selamat, bermesra dengan pasangan dan sebagainya yang dihalalkan oleh Islam.

KONSERT AMAL di KUIS

Wednesday, December 23, 2009

Klik gambar untuk paparan lebih besar
Kensert amal yang bertemakan 'Mari Berhibur Sambil Beramal' ini bertujuan memberi hiburan alternatif kepada masyarakat khususnya kepada warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) seterusnya memartabatkan lagi industri seni hiburan Islam dan dalam masa yang sama mengumpul dana untuk pembinaan Madrasah Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.

Ranau merupakan sebuah kawasan yang dikelilingi pergunungan dan bukit-bukau. Ramai penduduknya tinggal di kawasan-kawasan pendalaman dan kaki-kaki gunung. Rata-rata masyarakatnya masih ramai yang ketinggalan dalam arus pendidikan agama. Akan tetapi, semangat mereka untuk belajar dan mendalami ilmu agama sangat tinggi.

Justeru pembinaan madrasah tahfiz tersebut boleh menjadi platform kepada masyarakat mendalami ilmu agama khususnya kepada penduduk Ranau.

Anda dijemput hadir ke konsert ini. Sambil berhibur, bayaran tiket yang dibuat akan disumbangkan ke tabung pengumpulan dana pembinaan Madrasah Tahfiz Bayu Syahadah, Ranau, Sabah, yang mana Nazrey Johani adalah pengelolanya.

Artis jemputan:
Nazrey Johani, Hijjaz, Saujana, Devotees, As-Saufee, All One, Suhaimi (Ex-Inteam), Algebra & Nahwan Nur.

Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antabangsa Selangor (PKK)
Masa : 8.00 Malam
Harga Tiket : RM5.00

Tiket boleh didapati di kaunter di hadapan Auditorium Pentadbiran KUIS

Program ini terbuka kepada seluruh warga KUIS dan orang awam.

Sebarang pertanyaan atau tempahan tiket boleh hubungi:
Mohammad Aliff: 013-4191525
Nor al-Badriah: 012-5198445

Program ini anjuran: Persatuan Mahasiswa Islam Zon Utara (PERMATA) KUIS
Dengan Kerjasama: Jabatan Pembangunan Mahasiswa KUIS & Campus Life Arena.

*Nota: Kumpulan Rabbani digantikan dengan kumpulan Saujana.

Ulasan Isu Terbaru di KUIS...

Saturday, December 12, 2009

Bermula dari awal semester bari ini, dapat dilihat bibit-bibit letusan suara mahasiswa itu akan berlaku. Ia tercetus ekoran beberapa masalah yang dilihat membebankan para pelajar.

Bermula dengan beberapa siri pungutan suara dan kemuncaknya pada 13 November 2009, pagi Jumaat, satu demontrasi diadakan oleh beberapa pimpinan pelajar dan persatuan untuk menyuarakan bantahan dan ketidak puasan hati berkenaan masalah yang dihadapi.

Ya, demontrasi adalah satu cara untuk menyuarakan pendapat atau bantahan. Tetapi ia dilihat menghadirkan beberapa masalah lain ekoran daripada demontrasi yang dibuat.

Apapun, ia juga dilihat, lahirnya generasi pelapis baru yang berani bersuara lantang menentang ketidakadilan. Jika sebelum ini masalah yang dibincangkan hanya di bilik dan di kafe-kafe saja, tetapi kini mahasiswa KUIS sedang melalui satu era baru dalam menyuarakan hak dan seterusnya membentuk jati diri kepimpinan yang bijak.

Kembara Islami...

Apakah hakikat kejadian manusia? Salah satunya.., manusia diciptakan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Di dalam pengembaraan alam kehidupan yang dikurniakan Allah ini, berbagai bentuk pengisian yang dialami & dilalui.. Adakalanya ia berbentuk kegembiraan, kesedihan, semangat, & sebagainya..

Apa yang penting, pengembaraan itu perlulah melalui jalan-jalan Islami.. Dengan itu kita akan selamat di dunia & di akhirat...

Apakah sebenarnya yang kita ingini di dalam pengembaraan di dunia ini..? Apakah hanya mencari keseronokan nikmat dunia yang hanya sementara ini saja..? @ Apakah kita mencari redha Allah buat bekalan pengembaraan di akhirat kelak..? Kembara Islami mengajak anda mengembara melalui jalan-jalan Islam yang syumul...

Ramadhan Bulan Berganda

Monday, August 17, 2009

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


- Raihan -

Virus H1N1 - KUIS diarahkan hentikan operasi dan cuti seminggu

Tuesday, August 4, 2009

4 Ogos 2009 - Bangi : Kesan daripada penularan wabak Influenza A - Virus H1N1, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) diarahkan menghentikan operasi dan ditutup bermula hari ini, 4 Ogos 2009, jam 4.00 petang tadi sehingga 11 Ogos 2009. Penutupan itu bertujuan menangani penularan wabak H1N1.

Pagi tadi telah diadakan ujian saringan H1N1 di KUIS dan hasilnya, seramai 770 orang pelajar didapati mengalami demam iaitu salah satu simptom jangkitan Virus H1N1.

Bermula hari ini, menyaksikan penambahan bilangan pelajar KUIS yang memakai penutup muka dan segelintir pelajar dilihat mula berangkat meninggalkan KUIS berikutan arahan pemberhentian operasi dan penututupan yang dikeluarkan.

Ya Allah...., hindarilah kami daripada sebarang perkara yang tak diingini...

AQIDAH...

Monday, June 1, 2009

ASAL-USUL MENYEMBAH LEMBU

Juz 1, Surah 2 Al-Baqarah, ayat 67 – 73: Di zaman Nabi Musa terjadi pembunuhan ke atas seorang perempuan. Setelah disiasat untuk mencari pembunuhnya, tidak juga ditemui pembunuhnya. Maka masyarakat Bani Israil menghadapkan perkara ini kepada Nabi Musa. Nabi Musa bertanya kepada Allah untuk mendapatkan penyelesaian.

Maka Allah memerintahkan Bani Israil menyembelih lembu. Mereka balik bertanya kepada Musa lembu yang macam mana? Maka Musa mendapat jawaban dari Allah : lembu tidak tua dan tidak muda. Mereka bertanya lagi apa warnanya? Musa menjawab Allah berfirman : lembu yang kuning tua warnanya dan suka orang melihatnya. Mereka minta penjelasan lagi, maka Allah jawab lembu itu belum pernah dipakai membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, lembu yang sihat tanpa belang.

Setelah itu disembelihlah seekor lembu betina yang punya syarat-syarat tersebut dan diambil lidahnya buat memukul tubuh simati. Maka terjadi kejutan yang luar biasa, si mati itu hidup semula. Lalu mereka bertanya kepadanya siapa yang membunuh kamu? Perempuan itu menjawab, anak saudaraku yang membunuhku kerana dia mahu lembu betina yang cantik itu.

Kejutan ini memberi kesan kepada sebahagian orang dari Bani Israil bahawasanya tuhan menjelma di dalam lembu dan lidah lembu boleh menghidupkan orang mati. Ia menjadi satu doktrin bagi Musa Samiri yang mana ketika Nabi Allah Musa pergi munajat ke Tursina, maka Samiri mencipta patung lembu daripada tembikar yang mulutnya ternganga. Ketika mana angin bertiup kencang, berbunyilah suara seperti lembu itu mengembu: ooooo. Maka Musa Samiri menyesatkan manusia dengan doktrin jelmaan tuhan dalam tubuh lembu.

Setelah Nabi Musa turun dari Tursina, ia murka. Juz 1 surah 2 al Baqarah ayat 54: Nabi Musa perintahkan mereka bertaubat. Taubat mereka hanya akan diterima Allah dengan membunuh diri mereka sendiri. Taubat bagi mereka yang syirik pada Allah dengan menyembah lembu ialah dengan membunuh diri sendiri. Lembu yang disembah, dibakar dan dibuang habunya ke laut. Juz 16, surah 20 thaaha ayat 97. Akhirnya doktrin membakar lembu ini berubah kepada membakar mayat oleh penganut agama Hindu.

Doktrin jelmaan tuhan dalam lembu ini menjadi ajaran sesat di kalangan Bani Israil tetapi tidak mendapat tempat di sana sebaliknya berpindah ke India. Hingga berkembang biak membesar menjadikan orang Hindu bertuhankan lembu.

Rupa-rupanya mukjizat menjadikan untuk sebahagian orang sebagai ujian dan ada yang bertambah kafir dengan Allah seperti mukjizat lidah lembu yang digunakan untuk memukul mayat wanita sehingga ia hidup semula.

Mereka yang syirik tidak nampak kekuasaan Allah secara telus dengan mukjizat ini. Pandangan mereka tersekat sampai kepada lidah lembu sahaja.

Akhirnya mereka menganggap tuhan menjelma dalam tubuh lembu. Ajaran ini berkembang di India. Ajaran bertuhan kepada lembu itu adalah ajaran Musa Samiri. Oleh itu tidak hairanlah Yahudi menjadikan Mumbai sebagai Markasnya seperti yang terbongkar ketika serangan mujahidin Dekkan tahun 2008.

Doktrin yang sama terjadi di kalangan kaum Salib yang menganggap Isa anak Allah. Ini adalah akibat daripada mereka terkejut besar melihat mukjizat Nabi Isa yang dapat mencipta burung daripada tanah liat, menyembuhkan orang yang menghidap penyakit kusta, buta, turun hidangan dari langit dan lain-lain.

Kejutan besar ini mencetuskan semula doktrin jelmaan tuhan tapi tidak kepada lembu sebaliknya kepada Nabi Isa yang mengakibatkan mereka jadi syirik dan kufur sebagaimana Musa Samiri syirik dan kufur.



MENYEMBAH MANUSIA

Firaun mengaku dirinya tuhan. Barangsiapa tidak menyembahnya, Firaun menganggapnya kafir. Tetapi kalau ada orang mengaku tuhan pada hari ini ia akan diketawakan. Namun jangan menganggap ajaran ini sudah hapus. Ajaran ini muncul dalam bentuk baru. Iaitu di negara-negara beraja, raja wajib ditaati. Barangsiapa mendurhakai raja dia boleh dihukum bunuh.

Maka dipersiapkan undang-undang yang dipersetujui oleh parlimen di negara beraja dan susunan undang-undangnya termaktub dalam perlembagaan dan bentuk pelaksanaannya disalurkan ke mahkamah. Maka barangsiapa menentang raja, menentang perlembagaan dan menentang undang-undang yang mereka cipta sendiri, ia dikira durhaka.

Dalam hal tertentu boleh sampai kepada hukum bunuh, buang negeri dan kerakyatan atau penjara seumur hidup. Bukankah hal ini sama dengan hukum Firaun, hukum Namrud dan hukum Darqiyunus. Cuma alasan yang diberi ialah tidak patuh kepada undang-undang, tidak patuh kepada perlembagaan dan tidak patuh kepada raja.

Contohnya seperti Muhammad Amin, Zahid dari kelompok Al Maunah yang dihukum gantung sampai mati atas alasan mendurhakai raja. Di Britain ada seorang wanita yang dipenjara seumur hidup sejak umur belasan tahun kerana mencerca Queen Elizabeth secara berhadap-hadapan.

Raja-raja pada hari ini tidak mengaku tuhan. Kalau ia mengaku tuhan diketawakan orang. Tapi undang-undang perlembagaan dan dia sendiri mahu rakyat mematuhinya seperti mahunya Firaun disembah oleh rakyatnya. Di sanalah letaknya syirik dan kufur.

Di negara yang pakai presiden yang diangkat secara demokrasi seperti Indonesia, kekufuran itu terjadi dengan cara yang lebih halus iaitu presiden mengeluarkan dekrit (perintah) rakyat mesti patuh kepada pancasila. Barangsiapa tidak patuh kepada pancasila boleh dipenjara tanpa had dan mereka mengguna istilah menentang negara atau dalam bahasa agama disebut bughot (pemberontak).

Di sana tidak nampak istilah presiden sebagai tuhan tetapi tersembunyi di sana pengakuannya sebagai tuhan dalam dekrit yang dikeluarkan supaya patuh kepada doktrin pancasila yang merupakan pengganti rukun iman maka seorang muslim yang beriman dengan enam rukun iman tetapi dalam masa yang sama juga mempercayai pancasila maka ia terjatuh ke dalam lembah syirik.

Ini adalah syirik yang lebih halus dan sulit mengesannya kecuali mereka yang mempunyai ketajaman mata hati yang diberi INKISYAF oleh Allah.

Dalam hal ini kita dapat lihat empat bentuk syirik:

1. Kepercayaan jelmaan tuhan didalam tubuh lembu. Ini adalah hal yang sangat jelas syirik, tetapi dipegang oleh beratus juta manusia di India.

2. Jelmaan tuhan dalam tubuh manusia seperti yang di yakini kaum salib. Ini kurang bodoh sedikit daripada yang pertama tetapi jumlah pengikutnya lebih banyak daripada yang pertama.

3. Bertuhan kepada raja dengan berlindung disebalik perlembagaan dan undang-undang. Hal ini tidak disedari menjadi syirik oleh kebanyakan orang hatta orang para ilmuan sekali pun.

4. Syirik kerana mengalih ketaatan daripada manusia kepada doktrin ciptaan manusia. padahal di belakangnya ada manusia yang bergelar presiden yang memaksa manusia untuk tunduk kepada berhala doktrin yang bernama pancasila.


Semua kesyirikan ini akan dihapus oleh Al Mahdi dalam usaha membersihkan dunia daripada syirik. Itulah kemenangan yang luar biasa yang akan dimiliki oleh Al Mahdi sebagaimana Nabi Muhammad menghapus 360 berhala di sekeliling Kaabah dan mengalahkan Yahudi dan Nasoro di Madinah dan di tanah Rom yang mana perjuangan ini diteruskan oleh Khulafa’urasyidin Al Mahdiyin iaitu Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan Imamul Mahdi.

Ciri-ciri Pribadi Muslim Sejati

Monday, February 23, 2009

Kita tahu bahwa Islam itu bertolak daripada iman. Namun iman saja tidak mencukupi. Ia perlu juga ilmu dan amal.

Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Tanpa ketiga-tiga elemen ini, maka Islam tidak akan terlaksana pada pribadi seorang Muslim.

Untuk mencapai tujuanini, roh dan akal mesti berperanan. Disamping itu seseorang muslim perlu mendapat pimpinan. Ketiga-tiga pengaruh ini wajib ada. Kalau tidak pribadi Muslim itu akan jadi cacat dan tidak sempurna.

Peranan Roh
Roh berperanan dalam soal iman. Roh melibatkan soal kepercayaan dan keyakinan. Tentang akidah dan pegangan. Tentang keimanan kepada Tuhan dan hari Akhirat. Tentang rasa cinta dan takut dengan Tuhan.

Namun kalau peranan roh saja yang wujud tanpa ada peranan akal dan kepimpinan, maka seseorang itu akan menjadi fanatik. Dia akan menjadi taksub secara membuta. Perasaannya tidak seimbang dan sukar untuk dikawal.

Dia ingin bertindak, beramal dan membuat sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana dan apa caranya. Pertimbangannya juga tidak seimbang dan berat sebelah. Dia akan menjadi orang yang berjiwa tetapi kaku. Dia mau bergerak tetapi tidak tahu bagaimana hendak menyusun langkah.

Peranan Akal
Akal berperanan dalam soal ilmu. Ia berkait dengan penyampaian dan penerimaan ilmu. Tentang ta’alim atau pengajian. Tentang pembelajaran. Peranan akal membuat seseorang itu menjadi alim dan bepengetahuan.

Namun kalau peranan akal saja yang wujud dan peranan roh dan kepimpinan tidak ada, maka seseorang itu akan menjadi ahli ilmu yang tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan. Yang tidak ada cita-cita akhirat.

Ilmunya akan digunakan untuk dunia semata-mata. Ilmunya akan dijual dan dikomersialkan. Ilmunya akan ditukar menjadi duit dan harta kekayaan. Ilmunya hanya untuk bermujadalah (berdebat), berforum dan berseminar.

Untuk mendapat pujian, uang , pangkat, jawatan dan nama. Ilmunya tidak memberi hasil pada pribadinya.

Dia tidak dapat beramal dengan ilmunya, jauh sekali untuk memperjuangkannya. Dia akan menjadi orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya. Dia akan menjadi jumud dan beku. Walaupun dia tahu bagaimana hendak menyusun langkah, tetapi dia tidak mempunyai kemauan dan kekuatan dalaman untuk bergerak.

Peranan Kepimpinan
Kepimpinan melibatkan didikan, panduan, contoh dan suri teladan. Tentang bagaimana ilmu itu dapat dan patut diamalkan. Tentang siapa yang patut dicontohi dalam mengamalkan ilmu. Tanpa ada pimpinan dari seorang pemimpin sebagai contoh atau model, sukar ilmu dapat difahami lebih-lebih lagi untuk diamalkan dan dihayati.

Tanpa pimpinan, ilmu akan hanya tinggal ilmu. Itu sebabnya di dalam agama, dikirim Rasul yang diberi atau yang membawa kitab. Bukan kitab saja yang dihantar tanpa Rasul.

Kalau kitab saja yang dihantar, maka tidak akan ada contoh atau role-model untuk diikuti. Tanpa contoh dan role-model, mustahil ilmu dapat difahami dan diamalkan.

Dalam hendak mengamalkan ilmu dan dalam hendak menjadi seorang muslim yang sempurna, contoh fisik atau kepimpinan sangat perlu.

Semua bentuk peranan ini mesti ada. Tidak ada satu yang boleh ditolak. Barulah ia boleh lengkap melengkapkan. Peranan roh dan akal mesti bergabung dan contoh atau pimpinan mesti dicari.

Inilah ramuan-ramuan yang perlu untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Kalau ramuan ini tidak cukup, usaha untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna akan menjadi sia-sia. Lebih-lebih lagilah untuk menjadi seorang yang Mukmin yang bertaqwa.

Sebab orang Mukmin yang bertaqwa itu, mesti sempurna Islamnya terlebih dahulu.

Dunia Baru Islam

Friday, February 20, 2009

Persiapan menghadapi Dunia Baru Islam hendaklah dikemaskinikan.


1)Barisan yang dipercayai hendaklah diletakkan di hadapan.
2)Barisan yang patuh dan setia diberi arahan.
3)Barisan yang diragui diawasi gerak-geri mereka.

Umat Islam sedang berhadapan dengan DUNIA BARU ISLAM. Islam yang diselimuti bida’ah dan khurafat akan dihapus dari pegangan umat. Islam yang didokong oleh mujahid yang bersedia mengorbankan semua milik peribadi demi tertegaknya kalimah Allah yang maha tinggi akan muncul di tengah ummah.

Dewasa ini umat Islam telah mengharungi berbagai pengalaman yang gembira dan dukacita, manakala barisan-barisan pejuang Islam pula menempuh berbagai mehnah atau ujian dari Allah dan dari manusia. Dari itu dapatlah dikenali siapa yang tabah menghadapi ujian, siapa yang sabar menghadapi ujian dan siapa yang redho menghadapi ujian.

Allah, Rasul dan orang mukmin menilai semua sikap mereka. Bagi kita yang melihat pejuang-pejuang Islam yang bermati-matian berjuang ada hak pula untuk menilai mereka dari kacamata kita sendiri. Para pejuang itulah nanti yang akan menerajui DUNIA BARU ISLAM.

Ada di antaranya akan jadi pemimpin. Ada di antaranya akan menjadi pelaksana yang patuh dengan segala perintah yang diarahkan. Ada pula yang mesti diawasi selalu supaya jangan tergelincir dari landasan perjuangan.


(1)
Barisan pemimpin adalah barisan yang paling hadapan. Mereka berada di hadapan umat sebagai imam. Mereka dipercayai kerana siddiqnya mereka dalam perjuangan. Mereka dapat mencapai darjat itu dengan sebab telah menempuh mehnah-mehnah besar dalam perjuangan.

Walaupun besar ujian yang mencabar pendirian dan pegangan, mengancam nyawa dan ketenteraman hidup namun mereka tabah hati menghadapi segala-galanya dengan tenang. Mereka berpegang kepada peringatan Allah:

Fasbir kama sobaro ulul azmi minarrusuli”.

Maksudnya: Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari kalangan Rasul-rasul yang telah benar-benar bersabar .
(Ayat 35: Surah 46 Al Ahqaaf: Juz 26)

Banyak orang yang petah berbicara, pidato berapi-api tetapi tidak mempunyai pegangan yang kukuh, mereka hanya seperti gendang-gendang kosong yang terdiri dari belulang dan sebatang kayu yang dilubangkan. Kita sebagai pengikut jangan mudah ditipu oleh gendang-gendang kosong ini.

Kenalilah orang yang hendak kita ikuti itu dari sejarah hidup mereka. Jangan kenali mereka dari lidah mereka yang tidak bertulang.

Seseorang dipercayai kerana kejujurannya. Mengenali jujurnya seseorang bukan dapat dikenali hanya dari ucapannya, dari tulisannya, dari berita yang sampai kepada kita sahaja. Kejujuran seseorang dikenali dari persahabatan kita dengannya dan dengan orang-orang yang bersahabat rapat dengannya.

Setiap orang cermin bagi sahabatnya. Untuk mengenali seorang yang akan kita pilih menjadi imam atau pemimpin kita maka kenalilah sahabat-sahabat di keliling pinggangnya. Jangan hanya sekadar bertemu di majlis-majlis atau pertemuan-pertemuan rasmi itu, tidak memadai.

Kita sering tertipu dengan dengan mereka yang dianggap pemimpin. Sedangkan pada hakikatnya kalau kita bersahabat barang sehari dua sahaja dengan mereka kita akan dapat member beberapa tunjuk ajar kepada mereka. Mereka bukan pemimpin, mereka yang harus dipimpin.

Kadang-kadang kesalahan yang mereka lakukan terang-terang di dalam dosa-dosa besar. Bagaimanakah kita boleh ditipu sedemikian rupa? Sedangkan yang kita ingin ialah Islam yang murni, jangan sampai jatuh lopak dua kali. Cukuplah pengalaman dahulu mengajar kita agar mengenali siapa intan siapa kaca.

Pemimpin agama hendaklah berwibawa. Wibawa sebagai pemimpin agama bukan sebagai pemimpin politik, bukan pemimpin ekonomi, bukan pemimpin kesatuan sekerja.

Pemimpin agama hendaklah terdiri daripada orang yang punya nur iman yang memancar terserlah pada anggota lahirnya menjadi amalan hidup hariannya. Tindak tanduknya sama dengan hukum-hukum Allah di dalam Al-Quran. Dialah Al-Quran hidup, dialah lambang warisan Nabi-nabi.

Kalau tidak ada itu semua pada dirinya, dia bukan pemimpin agama. Tetapi dia maling yang berpura-pura menjadi imam. Setelah malam semakin tua maka ia mula membuat angkara.

Pemimpin agama yang sejati, yang benar-benar tulin. Tidur baringnya menjadi contoh. Makan minumnya menjadi contoh. Gurau sendanya menjadi contoh. Cakap dan petuanya menjadi ikutan. Pegangannya kukuh, tabahnya bukan kepalang.

Segala petua sesuai dengan Al-Quran segala tindak tanduknya sesuai dengan Sunnah. Segala cakapnya tidak berdolak-dalik. Pemaafnya bukan main. Nasihatnya benar-benar berkesan. Kasih sayang kepada pengikutnya seperti kasih kepada dirinya dan anak isterinya.

Ia membawa umat mencari kebahagian abadi bukan memburu kebahagiaan sementara. Jujurnya ketara sekali. Bersahabat dengannya menyenangkan hati. Barangsiapa yang meminta pertolongan daripadanya tidak mengecewakan.

Tawadhuknya bukan hanya kepada orang yang dekat dengannya. Tetapi juga dengan orang yang jauh daripadanya. Pandangannya, pandangan yang jauh kehadapan, untuk keselamatan abadi. Kebenciannya hanya kepada kejahatan dan apa yang dibenci Rasul dan dibenci Tuhan.

Padanya yang haram haramlah yang halal halallah, yang makruh tetap makruh dan yang mubah tetap mubah. Adakalanya berubah dari hukum itu kepada hukum yang lain.

Hubungan kuat dengan Allah dan kuat dengan manusia. Tidak mahu ia memutuskan silaturrahim. Yang ia mahu ialah ukhuwah dan mahabbah. Pemurahnya bagai daun berguguran. Akhlanya indah bak bunga mekar di taman. Harum namanya kerana taqwanya bukan kerana dibesar-besarkan di mass media.

Inilah sebahagian kecil daripada sifat-sifat yang patut ada pada barisan hadapan yang menjadi pemimpin bagi umat Islam yang akan membangun DUNIA BARU ISLAM.

Jika ada orang seumpama ini maka berdosalah anda sekiranya anda memilih orang lain sebagai imam. Jika tidak ada maka pilihlah orang yang mendekati sifat-sifat yang tersebut tadi sebagai pemimpin.

Hendaklah kita ingat akan pertengkaran ahli neraka ketika mereka menyalahkan pemimpin yang menyebabkan mereka masuk neraka.
(Ayat 166-167: Surah 2 Al Baqoroh: Juz 2)

Bukanlah pemimpin Islam itu pasti ke syurga tetapi pemimpin kafir sudah pasti ke neraka. Mereka yang digambarkan di atas tadilah yang berhak menjadi barisan hadapan umat ini. Merekalah golongan yang dipercayai oleh kita.


(2)
Allah tidak menjadikan semua orang punya jiwa yang kuat, yang mampu memimpin umat dengan dengan bermacam-macam karenah. Sebahagian besar daripadanya Allah jadikan mereka itu patuh kepada arahan-arahan yang bersifat makruf atau baik dan tidak setuju dengan arahan-arahan yang mungkar.

Mereka ini adalah orang-orang yang Allah jadikan hatinya ingin melihat syiar Islam terserlah di muka bumi Tuhan ini. Mereka bersedia melaksanakan perintah-perintah yang datang dari hukum hakam Allah itu.

Selama ini mereka makan hati kerana terpaksa melaksanakan arahan-arahan yang mungkar. Pedih hatinya bukan main tetapi apa boleh buat. Pada mereka sekiranya ada peluang menerima arahan yang bersifat bersih dari mungkar, berebu-rebutlah mereka melaksanakannya seperti orang yang berebut-rebut tawaf di Kaabah.

Pada hakikatnya golongan ini sudah semakin bertambah besar di tengah masyarakat Islam. Mereka hanya menanti-nantikan siapa di antara pemimpin dunia Islam yang betul-betul berani melaksanakan hukum hakam Allah.

Kerinduan mereka kepada pemimpin seumpama ini sudah sangat menebal. Sehingga telah menjadi buah mulut. Mereka perkatakan hal ini di mana-mana. Di pejabat, di tempat kerja, di dalam kenderaan, di tempat-tempat berehat, dalam mesyuarat, di majlis-majlis diskusi dan di mana-mana sahaja.

Hatta di padang golf. Sebenarnya dalam banyak hal golongan ini telah banyak melakukan sabotaj terhadap arahan-arahan mungkar. Mereka telah berjaya menggagalkan beberapa banyak arahan yang bercanggah dengan syariat. Sekurang-kurangnya mereka menggagalkan sebahagian daripada rancangan-rancangan itu.

Kepatuhan mereka kepada syariat bukan paksaan daripada sesiapa. Tetapi kepatuhan mereka adalah kerana keinsafan dan kesedaran mereka sendiri. Demikian juga benci mereka kepada mungkar adalah kerana keinsafan dan kesedaran mereka sendiri.

Pengajian-pengajian agama yang bertaburan di merata-rata, telah membuka mata hati mereka. Hidayah dari Allah telah mencurah-curah kepada mereka. Mereka laksana Ansar di Madinah. Mereka membantu agama dari hati mereka sendiri. Kesanggupan berkorban mereka sungguh mengagumkan.

Di tangan merekalah hukum hakam Islam akan dilaksanakan. Mereka adalah laksana tangan dan kaki bagi jasad. Mereka yang bergerak cergas membawa Islam ke sana ke mari supaya berkembang luas.

Oleh kerana mereka golongan yang patuh kepada arahan maka pemimpin Islam atau imam ummah hendaklah menghubungi mereka untuk memberi arahan yang nanti akan mereka laksanakan di mana sahaja mereka berada sepanjang waktu.

Perintah-perintah agama ini apabila turun dari pemimpin kepada orang yang patuh seumpama ini ia akan berjalan dengan cepat, mereka akan berkata sami’na waato’na dan terus laksanakan perintah.


(3) Setelah menempuh ujian dan pengalaman dalam perjuangan kita dapat menilai pula mana golongan yang diragui kejujuran dan ketaatannya.

Mereka adalah golongan yang mahu Islam berdaulat, mahu syiar Islam berkembang tetapi mereka golongan hamba Allah yang tidak dapat menundukkan nafsu jahatnya walaupun mereka mujahadah bersungguh-sungguh, sesekali nafsu jahat itu memberontak juga, oleh sebab itu golongan ini sering tergelincir, kadang melanggar syariat.

Dengan sebab perbuatan mereka maka sering terjadi jamaah-jamaah Islam dikecam. Apa yang mereka lakukan laksana nila setitik rosaklah susu sebelanga. Sebahagian daripada mereka terdiri daripada orang yang mementingkan diri mereka sendiri tetapi kepentingan itu dikaut dari Islam.

Contohnya mereka berniaga atas nama Islam tetapi diurus dengan sistem riba’. Mereka mengurus urusan haji banyak orang tergendala dibuatnya. Mereka solat jenazah tetapi menuntut upah dari keluarga si mati. Mereka selewengkan wang zakat dan baitulmal. Mereka guna jenama Islam pada barang-barang yang syubahat.

Golongan ini hendaklah diawasi gerak langkahnya, mata masyarakat hendaklah celik melihat gelagat mereka, telinga masyarakat hendaklah peka mendengar perkhabaran dari mereka, hati-hati terhadap mereka, jangan sampai umat Islam yang jujur tertipu oleh makar mereka.

Pemimpin-pemimpin Islam yang siddiqin hendaklah berani bertindak ke atas golongan ini, jika diketahui dengan pasti mereka melakukan penyelewengan. Hendaklah tidak teragak-agak bertindak memberi ta’zir, tarbiyyah dan tazkirah keras.

Mereka sebenarnya mahu Islam berdaulat. Mereka tidak mahu bendera kuffar berkibar megah. Tetapi sayangnya mereka kalah oleh hawa nafsu. Kita telah pun banyak pengalaman dan sering terperangkap dengan tipuan-tipuan. Oleh itu hendaklah berhati-hati supaya jangan jatuh lubang dua kali.

Kerana berjaya mengawal golongan ini maka Khulafa Urrasyiddin berjaya menegakkan syiar Allah dan mendaulatkan ahkamullah dan berjaya menyatukan kekuatan ummah.

Sekiranya kita berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa pemimpin Islam yang layak memimpin ummah telah wujud dan dapat memberi arahan-arahan yang dipatuhi oleh golongan yang taat dan dapat pula mengawasi golongan yang sering tunduk kepada hawa nafsu maka jemaah Islam akan semakin dihormati, disegani dan akhirnya akan diikuti orang.

Ketika itu akan muncul wajah-wajah baru di dalam barisan Islam di mana mereka lebih berkemampuan daripada barisan lama. Inilah yang terjadi ketika orang seperti Amru Ibnu Al-As dan Khalid Ibnu Walid masuk Islam.

Mereka memeluk Islam setelah melihat Islam berjaya. Rasul berjaya memimpin para sahabat. Perintahya dipatuhi, orang-orang yang degil diasuh sehingga menjadi benar-benar taat. Mereka memeluk agama Islam sedangkan pada diri mereka telah ada kemampuan dan keterampilan.

Maka merekalah yang di tonjol menjadi pemimpin tentera dan masyarakat. Peristiwa ini akan terus berulang dalam sejarah. Inilah juga yang akan berlaku masa kini sekiranya umat Islam dapat mengemaskinikan barisan-barisan perjuangan yang didokongnya.


KESIMPULAN

Apabila pemimpin terdiri daripada orang-orang yang bertaqwa dan pentadbir terdiri daripada orang-orang soleh maka rakyat akan dapat barokah.

Lauana ahlalquro amanu wattakau lafatahna alaihim barokatim minassamai walard”.
(Ayat 96: Surah 7 Al A’raaf: Juz 9)

Kelahiran Penulis Arena Politik

Thursday, February 19, 2009

Pada awal zaman Islam, pakar-pakar tidak menulis buku-buku mengenai politik negara dan undang-undang pentadbiran negara. Buku-buku seperti al-Umm (Induk) karangan Imam al-Syafei, al-Muwatta (Himpunan) oleh Imam Malik, dan buku al-Masail (Masalah) oleh Imam Ahmad bin Hanbal, tidak menyentuh apa-apa mengenai politik.

Kalau ada tulisan berkenaan politik Islam ia adalah dalam bentuk surat-surat yang ditulis kepada raja seperti surat yang ditulis oleh Imam Malik, yang diberi tajuk risalah Nasihat al-Muluk (Surat-surat Nasihat kepada Para Raja).

Tidak diketahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan ilmuwan dahulu kurang menulis mengenai sistem politik Islam dan pentadbiran negara. Walau bagaimanapun antara faktor-faktor yang mungkin menyebabkan mereka tidak menulis adalah:

1. Pada waktu itu sistem politik dan pentadbiran negara Islam ternyata tidak uniform, yakni ia berbeza-beza antara ketua-ketua negara Islam yang wujud pada masa itu. Umpamanya, selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, cara-cara bagaimana Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali dipilih menjadi ketua negara adalah berbeza-beza.

Selepas zaman pemerintahan mereka, iaitu pada zaman pemerintahan dinasti Umayyah, cara dinasti itu memilih ketua negara juga berbeza. Sistem politik dan pentadbiran negara sepanjang sejarah orang Islam berubah-ubah dan berbeza-beza daripada satu ketua negara kepada ketua negara lain, ataupun daripada suatu dinasti dengan dinasti lain.

Barangkali disebabkan faktor inilah maka para pakar dan ilmuwan Islam dahulu tidak cuba menggariskan sistem politik dan pentadbiran negara dalam hasil kajian daripada karya-karya mereka.

2. Pada masa dahulu, ilmuwan dan pakar undang-undang Islam menjauhkan diri mereka daripada arena politik. Mereka yang cuba mendekatkan diri dengan raja dan istana dikecam. Barangkali raja-raja Islam waktu itu pun tidak suka ilmuwan Islam menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan pemerintahan mereka.

Ada ilmuwan dan pakar agama yang dipenjarakan dan diseksa kerana mereka memberanikan diri menegur tingkah laku raja-raja Islam waktu itu. Barangkali sebagai jalan selamat, ilmuwan dan pakar undang-undang waktu itu tidak menyentuh politik dan undang-undang pentadbiran negara Islam.

3. Mungkin ada beberapa orang pakar undang-undang klasik yang menulis mengenai politik dan undang-undang pentadbiran negara Islam, tetapi pandangan mereka cepat menjadi tidak relevan disebabkan perubahan sistem pemerintahan, akibatnya karya-karya mereka itu tidak disalin ataupun tidak diulang cetak.

Akibatnya karya-karya mereka rosak, hilang dan tidak sampai ke tangan kita hari ini. Walaupun begitu, keadaan ini berubah pada zaman pertengahan dan pada zaman sekarang. Masih ada buku-buku politik dan sistem kenegaraan yang tersimpan di perpustakaan di serata dunia yang memerlukan suntingan oleh ilmuwan Islam kini.

Satu lagi faktor yang mungkin menyebabkan ilmuwan dahulu tidak membincangkan isu-isu politik dan sistem pentadbiran negara Islam adalah institusi pemerintahan pada masa itu berpegang kuat pada agama. Kebanyakan ketua-ketua negara waktu itu adalah orang-orang yang menjalankan undang-undang Islam.

Kini pemerintahan Islam dilihat semakin lemah dan terancam kesan daripada serangan musuh-musuh Islam dalam aspek pemikiran, ekonomi dan sosial. Keadaan ini mendorong banyak pakar-pakar sains politik Islam mula mengarang buku-buku mengenai sistem kenegaraan sebagai respons kepada keperluan masyarakat waktu itu yang amat memerlukan pemerintahan yang adil.

Misi Dakwah: Kesedaran Bersama

Wednesday, February 18, 2009

Rasul-rasul tidak diamanahkan melainkan dengan tugas-tugas yang mulia. Sehubungan dengan ini, Allah mengamanahkan mereka dengan tugas dakwah . Dalam surah an-Nahl ayat 36 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami mengutuskan bagi setiap umat seorang Rasul yang menyeru, Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut”.

Orang-orang yang berdakwah mendapat pujian daripada Allah berdasarkan firmannya dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud, “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia ke jalan Allah serta beramal soleh seraya berkata, Aku daripada kalangan orang-orang Muslimin.”

Oleh kerana dakwah merupakan tugas yang mulia lagi penting Allah mengarahkan umat Islam supaya melaksanakannya. Maka tidak dapat dinafikan lagi, tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mangabaikan amar makruf dan nahi mungkar.

Kita sedang berada pada akhir zaman dan terdapat beberapa hadis yang begitu relevan dengan era kita pada hari ini. Mahasiswa sekalian perlu meneliti riwayat-riwayat ini dengan baik supaya dapat memberi kekuatan bagi mempersiapkan diri menghadapi ujian dan cabaran.

Sejak runtuhnya Kerajaan Uthmaniah di Turki, ramai di kalangan umat Islam menjadi “cintakan dunia dan benci mati”. Berbagai penyakit sosial yang menyerang umat Islam pada hari ini. Umat Islam kehilangan kekuatan sehingga menjadi lemah dan terus hanyut dibawa arus.

Bagaimanakah cara bagi menghentikan keadaan ini? Kita sebenarnya bertanggungjawab menerapkan nilai kebenaran pada umat dan seterusnya memproses umat ini sehingga mereka mempunyai nilai-nilai Islam yang kukuh, yang memampukan mereka melahirkan arus kekuatan mereka sendiri dalam menghadapi cabaran.

Penaklukan dan penjajah barat ke atas dunia Islam menjadi semakin meluas selepas berlaku selepas berlakunya Perang Dunia Pertama dan Kedua. Pada penghujung abad kedua puluh, dunia menyaksikan tragedi demi tragedi menimpa ke atas umat Islam di seluruh dunia.

Mengapa semua ini berlaku? Sudah tentu kerana kelemahan umat Islam sendiri.

Cuba kita lihat generasi terdahulu, terutamanya para sahabat, semuanya utuh memegang al-Quran dan Sunnah Nabi sehingga berjaya menakluki dua per tiga dunia dan diiktiraf sebagai Khairu Ummah.

Pada akhir zaman, umat Islam terpaksa berdepan dengan golongan cerdik pandai yang sesat lagi menyesatkan. Mereka menyeru umat Islam kepada kemungkaran dengan menggunakan kepakaran yang ada pada mereka. Walaupun senario akhir zaman amat mencabar umat Islam, namun masa depan Islam amat cerah.

Hal ini disebabkan, akan lahir pejuang-pejuang Islam yang gigih memperjuangkan maruah Islam secara berterusan sehingga akhirnya mereka mencapai kejayaan.

Imam Ahmad meriwayatkan hadis nabi yang bermaksud, “Akan sentiasa ada segolongan (Taifah) daripada umatku yang berpegang teguh di atas agama dan mereka akan menentang dan menguasai musuh-musuh mereka.

Tidak ada apa yang dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang menimpa mereka dalam bentuk ujian-ujian sehingga datangnya urusan Allah”.

Justeru, umat Islam terutamanya para mahasiswa perlu menghindari sikap mudah berputus asa, sebaliknya menjadikan hadis ini sebagai rangsangan untuk terus merancang dan berusaha ke arah masa depan Islam yang gilang-gemilang.

Apa yang dapat dirumuskan daripada nas-nas ini adalah:

  1. Dakwah pada hari ini berdepan dengan kualiti umat Islam yang tidak bernilai seperti buih. Justeru, tumpuan perlu diberikan pada pendidikan dan tarbiah dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan zaman ini supaya kualiti umat Islam dapat ditingkatkan.

  1. Dakwah juga terpaksa berdepan dengan suasana politik yang mencengkam, yang menjadi batu penghalang pada dakwah. Justeru, perlu ada sebahagian daripada pendakwah yang memberi tumpuan pada aspek siasah. Perancangan rapi perlu dilakukan supaya sistem dan pemerintahan Islam dapat ditegakkan.

  1. Kegigihan pendakwah-pendakwah yang lain untuk menyesatkan umat menambahkan lagi cabaran ke atas pejuang-pejuang Islam hari ini. Dalam konteks ini, pendakwah-pendakwah yang pakar dalam pelbagai bidang perlu dil;ahirkan supaya mereka dapat berhujah dan menangkis sebarang serangan terhadap Islam pada penjuru masing-masing.

  1. Pertolongan daripada Allah dicurahkan pada mereka yang terus menerus berjuang menegakkan kalimah Allah. Justeru, sikap optimis wajib ada pada hati orang-orang yang berperanan berdasarkan janji-janji Allah yang ada di dalam al-Quran dan Sunnah.

Imam Hasan al-Banna berkata, wasilah atau pendekatan umum dakwah terbahagi kepada tiga iaitu iman yang mendalam, pembentukan yang rapi lagi kemas dan usaha dan amal yang berterusan.

Bagi mencapai semua ini, pembentukan yang efisien dan efektif melalui minhaj tarbiah yang kemas amat diperlukan.

Tarbiah ini perlu dipimpin oleh pendidik-pendidik yang bertakwa lagi berkemahiran agar ia mampu melahirkan pendakwah profesional yang relevan dengan zamannya.

Thariq bin Ziyad: Penakluk Andalusia (Sepanyol)

SIAPAKAH THARIQ BIN ZIYAD?

Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata.

Dia merupakan bekas seorang budak yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja.

Di kisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam.

Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentara dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya.

Apa yang pasti, Thariq merupakan antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan slps zaman Khilafah Ar-Rasyidin.

BERMULANYA PENAKLUKAN KE ATAS ANDALUSIA

Ini bertepatan dengan mendung hitam yang melanda Sepanyol dengan kekejaman penjajah Eropah yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Bangsa Gothik yang kejam bernama Raja Roderick.

Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan kroni-nya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan.

Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian danYahudi, berhijrah ke Afrika untuk mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.

Satu dari jutaan penghijrah itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya Florinda telah dinodai oleh Roderick. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu.

Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian ke atas pantai selatan Sepanyol.

Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 H (bersamaan Julai 711 M), Musa bin Nushair memerintahkan pembantunya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini dengan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta.

PEPERANGAN MENENTANG NASRANI DI ANDALUSIA

Setelah mendarat di pantai karang, Thariq dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah pimpinan Roderick.

Kedatangan pasukan Thariq ini menimbulkan kehairanan kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick, kerana tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga-duga, yaitu dari arah laut.

Pada mulanya, bilangan tentera Kristian yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin. Namun, Thariq dengan pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan Thariq berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu.

Bukit itu kini dikenali sebagai Jabal Thariq (bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kpd Gibratar.

Di atas bukit karang setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan pembakaran semua kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuat tentera kaum Muslimin kehairanan.

Kenapa anda melakukan ini?” tanya mereka.

Bagaimana kita akan kembali nanti?” tanya yang lain.

Namun Thariq tenang dan tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq berseru,

"Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid”.

Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorang penyair Persia, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul ”Piyam-i Mashriq” :

Tatkala Thariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol), perajurit-perajurit mengatakan bahawa, tindakannya itu tidak bijaksana. Bagaimana mungkin mereka kembali ke negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum Islam.

Malahan kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari tentera kaum Muslimin. Mendengar itu semua, Thariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.”

Kata-kata Thariq itu bagaikan mencabut cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya. Bala tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentera Gothik yang berkekuatan 100,000 tentara.

Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim setelah mendengarkan pidato dari Thariq yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah.

Tanggal 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara sungai Barbate. Thariq memecahkan pasukannya menjadi 4 kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada.

Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol. Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan sukar. Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera bangsa Gothik.

Bahkan Raja Roderick sendiri awal-awal telah tewas di sungai Barbate. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berhasil menaklukkan Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum Muslimin dan menepati janji.

SELEPAS PENAKLUKAN ISLAM KE ATAS SEPANYOL

Rakyat Sepanyol yang telah sekian lama tertindas dengan penjajahan bangsa Gothik, mengalu-alukan kedatangan tentera Muslimin. Selain itu, perilaku & akhlak Thariq dan orang-orang Islam begitu mulia menyebabkan disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.

Salah satu pertempuran paling hebat terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Thariq. Dalam pertempuran ini, Gabenor Musa bin Nusair telah bergabung dengan Thariq untuk mengalahkan tentera Nasrani.

Selanjutnya, kedua general itu bergerak mara terus berdampingan dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun seluruh Semenanjung Sepanyol telah jatuh ke tangan Islam.

Portugis kemudiannya turut ditakluk pula beberapa tahun kemudian. Ketika inilah nama Sepanyol telah ditukar kepada Andalusia.

Philip K.Hitti, pemerhati berbangsa Eropah telah menulis:

"Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasional bagi bangsa Arab itu. Penaklukan ini membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka (tentera Islam) peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.”

Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui.

Ketidak toleransi dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orang Kristian dan bangsa Eropah telah digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang luar biasa.

Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jika tentara Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita.

Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat.

Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komunitas mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.

Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa. Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur.

Seorang penulis Kristian terkenal menulis:

"Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.”

Thariq berhajat melakukan penaklukkan ke atas seluruh Eropah, tapi Allah menentukan lainnya. Saat merencanakan penyerbuan ke negara-negara Eropah, telah datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus.

Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Thariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tak lama kemudian, Thariq wafat di sana.

Budak Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama delapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmatinya dan menerima ruh Thariq bin Ziyad ini.

Khalid Al-Walid- Panglima Perang Islam Terbilang

Monday, February 16, 2009

Khalid al-Walid tamatkan penguasaan 1,000 tahun Barat di Syria

PANGLIMA Islam terbilang, Khalid al-Walid banyak menempa kejayaan dalam peperangan dalam menegakkan agama suci Allah ini.

Beliau yang dikenali ‘saifullah’ adalah antara pahlawan gagah berani yang berjaya mengalahkan musuh dalam beberapa peperangan pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

Pengepungan Kota Damsyik selama 70 malam pada 14 Hijrah bersamaan 635 Masihi pada Rabiulakhir adalah antara peristiwa penting dalam perjuangannya.

Kota Damsyik yang kini ibu negara Syria adalah antara kota termasyhur di dunia ketika itu. Kemasyhuran itu diabadikan Ibn Jarir, pengembara dan juga penyair dari Andalusia (Sepanyol) pada kurun ke-12 dengan katanya: “Seandainya syurga berada di atas dunia, syurga itu adalah Damsyik."

Damsyik atau nama asalnya Syam dikatakan berasal daripada nama Sam, iaitu anak Nabi Nuh yang menetap di situ selepas peristiwa banjir besar.

Malah, riwayat mengatakan Rasulullah pernah ke puncak Jabal Qasiyyun, lalu memandang ke arah kota Damsyik dengan kagum dan bangga.

Namun, disebabkan ancaman beberapa kuasa besar, khususnya Bizantine yang menakluki Damsyik ketika itu, satu pakatan ketenteraan diwujudkan oleh Rasulullah bagi menentang Bizantine.

Bizantine bukan saja mengganggu dan mengancam dakwah Islam, malah menjadi tempat berlindung musuh Islam dari Semenanjung Tanah Arab.

Peperangan pertama yang dilakukan terhadap Bizantine adalah melalui peperangan Mu'tah yang berlaku pada penghujung hidup Rasulullah.

Peperangan ini adalah medan ujian pertama Khalid sebagai panglima tentera. Dalam peperangan itu, tentera Islam pada mulanya dipimpin Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.

Selepas ketiga-tiganya syahid, Rasulullah melantik Khalid sebagai panglima baru.

Selepas itu, Khalid menyusun strategi untuk mengelirukan musuh antaranya dengan meletakkan sebilangan tentera Islam di bahagian belakang bertujuan menampakkan seolah-olah mereka mendapat bantuan.

Kebijaksanaan Khalid ini menyebabkan tentera Bizantine terkeliru dan takut, lalu berundur.

Perang Yarmuk pula mempamerkan keikhlasan Khalid memartabatkan Islam tanpa mengejar pangkat dan nama.

Pada awal perang itu, Khalifah Abu Bakar melantik Khalid memimpin 50,000 pejuang Islam menentang 240,000 tentera Bizantine.

Apabila Saidina Abu Bakar wafat pada 634 Masihi, khalifah baru, Saidina Umar memilih Abu Ubaidah bin Jarrah untuk mengambil alih tugas Khalid.

Khalid tidak sedikit pun marah atau berkecil hati, sebaliknya beliau sama-sama berjuang hingga tentera Islam mencapai kemenangan.

Kemenangan ini bermula dengan kejayaan mengepung bandar itu selama 70 malam oleh Khalid dan Abu Ubaidah.

Ada pendapat mengatakan Khalid dan beberapa tentera Islam melalui Bab Syarqi atau pintu sebelah timur selepas berjaya membebaskan Syam daripada penjajahan Bizantine.

Pengkaji sejarah berpendapat, pintu itu dibina oleh Raja Rom, Septimius Severus, pada awal kurun ketiga.

Tindakan Khalid ini mengejutkan dunia Islam ketika itu kerana berjaya menamatkan penguasaan kuasa Barat selama seribu tahun ke atas Syria pada 635 Masihi. Ada pendapat mengatakan ia berlaku pada 635 Masihi bersamaan 14 hijrah.

Kejayaan Khalid ini membolehkan kota Damsyik bertukar pimpinan daripada Bizantine kepada kerajaan Islam yang lebih adil.

Selepas zaman sahabat iaitu pada zaman pemerintahan Ummaiyyah, kedudukan Damsyik amat penting iaitu sebagai ibu negara dan pusat kegiatan ekonomi.

Pada 661 Masihi pula, Muawiyah bin Abi Sufian, pengasas Bani Ummaiyyah dan khalifah yang baru dilantik, memindahkan ibu negara Islam dari Madinah ke Damsyik.

Tazkirah- Menghadapi Tekanan Peperiksaan

Sunday, February 15, 2009

Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar; merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari.

Perlumbaan untuk mendapatkan keputusan yang baik merupakan satu lumrah yang amat baik sekiranya berlaku dalam suasana yang sihat. Sebaliknya, perlumbaan juga boleh menjadi punca tekanan dalam diri pelajar sekiranya tidak menghadapinya dengan betul.

Tekanan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya, yang paling penting adalah cara belajar seseorang itu. Pelajar yang melakukan persediaan awal akan lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan. Kelalaian yang berlaku di awal musim pengajian boleh menjadi punca berlakunya tekanan bagi kebanyakan pelajar.

Justeru, pengurusan masa yang efektif amat penting terutama dalam menghadapi detik-detik akhir sebelum menjelang hari peperiksaan.

Begitu juga tekanan boleh berlaku disebabkan suasana persekitaran tempat belajar yang tidak kondusif. Bayangkan anda berada dalam linkungan masyarakat yang pelajar yang tidak mampu bekerjasama meskipun sama-sama inginkan kejayaan dalam peperiksaan yang mendatang.

Selain itu, tekanan daripada harapan kedua orang tua untuk melihat kejayaan anaknya juga kadang-kadang boleh menjadi penyumbang. Harapan sebegini jika dilihat dari sudut yang positif, sebenarnya boleh menjadi suatu bentuk motivasi yang cukup kuat.

Namun jika ia dianggap sebagai suatu bentuk tekanan akan menyebabkan pelajar mudah stres sehingga mewujudkan keserabutan dalam pemikiran pelajar. Dalam keadaan ini , seorang individu itu berkemungkinan melakukan tindakan yang luarbiasa dan yang paling menakutkan- bunuh diri.

Menghadapi tekanan peperiksaan atau perlumbaan menuntut kepada spiritual dan mental yang jitu. Spiritual dan mental yang lemah akan menyebabkan pelajar mudah mengaku kalah sebelum berjuang- putus asa. Kekuatan mental lahir dari sikap dan pemikiran yang optimis serta stabil dalam berusaha mencapai matlamat yang diinginkan.

Manakala kekuatan spiritual pula, bagi status kita sebagai pelajar muslim lahir dari hubungan kita dengan Yang Esa. Justeru, Perbanyakkanlah berzikir, tadabbur al-Quran dan merenung keindahan pada penciptaan alam sebagai salah satu cara mencari ketenangan jiwa.

Sentiasalah berbaik sangka dengan keadilan Allah azzawajalla. Namun, sekiranya kita masih tidak mendapat keputusan yang baik walaupun selepas berusaha, yakinlah di sana ada hikmah yang lebih berharga.

Letakkanlah pengharapan kita semata-mata kepada Allah (swt) dengan syarat kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita dalam berusaha kerana demikianlah hakikat tawakkal.

Semoga kejayaan yang diimpikan berada di tangan kita bersama-sama redha dari Yang Esa.

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

Saturday, February 14, 2009

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

"Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini.'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

"Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

"Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik.'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

"Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.'' kata beliau.

Barat kagumi kehebatan Salahuddin al-Ayubi

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.

Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.