KONSERT AMAL di KUIS

Wednesday, December 23, 2009

Klik gambar untuk paparan lebih besar
Kensert amal yang bertemakan 'Mari Berhibur Sambil Beramal' ini bertujuan memberi hiburan alternatif kepada masyarakat khususnya kepada warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) seterusnya memartabatkan lagi industri seni hiburan Islam dan dalam masa yang sama mengumpul dana untuk pembinaan Madrasah Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.

Ranau merupakan sebuah kawasan yang dikelilingi pergunungan dan bukit-bukau. Ramai penduduknya tinggal di kawasan-kawasan pendalaman dan kaki-kaki gunung. Rata-rata masyarakatnya masih ramai yang ketinggalan dalam arus pendidikan agama. Akan tetapi, semangat mereka untuk belajar dan mendalami ilmu agama sangat tinggi.

Justeru pembinaan madrasah tahfiz tersebut boleh menjadi platform kepada masyarakat mendalami ilmu agama khususnya kepada penduduk Ranau.

Anda dijemput hadir ke konsert ini. Sambil berhibur, bayaran tiket yang dibuat akan disumbangkan ke tabung pengumpulan dana pembinaan Madrasah Tahfiz Bayu Syahadah, Ranau, Sabah, yang mana Nazrey Johani adalah pengelolanya.

Artis jemputan:
Nazrey Johani, Hijjaz, Saujana, Devotees, As-Saufee, All One, Suhaimi (Ex-Inteam), Algebra & Nahwan Nur.

Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antabangsa Selangor (PKK)
Masa : 8.00 Malam
Harga Tiket : RM5.00

Tiket boleh didapati di kaunter di hadapan Auditorium Pentadbiran KUIS

Program ini terbuka kepada seluruh warga KUIS dan orang awam.

Sebarang pertanyaan atau tempahan tiket boleh hubungi:
Mohammad Aliff: 013-4191525
Nor al-Badriah: 012-5198445

Program ini anjuran: Persatuan Mahasiswa Islam Zon Utara (PERMATA) KUIS
Dengan Kerjasama: Jabatan Pembangunan Mahasiswa KUIS & Campus Life Arena.

*Nota: Kumpulan Rabbani digantikan dengan kumpulan Saujana.

2 comments:

Honeyz said...

salam ziarah dari student UIA :)

NEZREY JOHANI "Tour de tahfiz" Concert ni bermula dgn UIA, pada 16/12 yg lepas... hampir penuh jugakla main hall CAC kat ruang bawah tu.. alhamdulillah, permulaan yg baik, dpt sambutan yg memuaskan saya kira.

"konsert amal"- yup, ianya bukan sekadar utk berhibur. tp sambil berderma. n mmg bes sgt2la pergi. pendek kate, xkan rase rugi, jauh sekali membuang mase. ade pengisian. ade kesedaran yg disampaikan melalui sajak/puisi yg dideklamasikan... penuh bermakna..

apapun, itu yg dah berlalu. semoga destinasi keduanya di KUIS juga bakal mendapat sambutan hangat dan luarbiasa. ingat, berhibur sambil menderma! ^_^

p/s: byk juga ye artis jemputan di KUIS. yg kat UIA punya, selain saudara Nazrey Johani sendiri, hanya ada 3 artis jemputan: algebra, Nice, InTeam... warga UIA juga =D apepun, bilangan artis jemputan x perlulah dipersoalkan. yg penting, sama2 kita menyokong niat murni saudara Nazrey Johani dalam membangunkan Tahfiz Bayu Syahadah Complex, inshaAllah ^_^

Srikandi Uthman said...

salaam.

kalau nk beli tiket dr muslimat, bagaimana? ana skrg tiada di kuis. krn practcl d kl.