Bermula dari awal semester bari ini, dapat dilihat bibit-bibit letusan suara mahasiswa itu akan berlaku. Ia tercetus ekoran beberapa masalah yang dilihat membebankan para pelajar.Bermula dengan beberapa siri pungutan suara dan kemuncaknya pada 13 November 2009, pagi Jumaat, satu demontrasi diadakan oleh beberapa pimpinan pelajar dan persatuan untuk menyuarakan bantahan dan ketidak puasan hati berkenaan masalah yang dihadapi.
Ya, demontrasi adalah satu cara untuk menyuarakan pendapat atau bantahan. Tetapi ia dilihat menghadirkan beberapa masalah lain ekoran daripada demontrasi yang dibuat.
Apapun, ia juga dilihat, lahirnya generasi pelapis baru yang berani bersuara lantang menentang ketidakadilan. Jika sebelum ini masalah yang dibincangkan hanya di bilik dan di kafe-kafe saja, tetapi kini mahasiswa KUIS sedang melalui satu era baru dalam menyuarakan hak dan seterusnya membentuk jati diri kepimpinan yang bijak.

0 comments:
Post a Comment